Wednesday, 1 June 2011

TLR - Apa itu kamera TLR



The Blackbird Fly 135 Twin Reflex Camera

Apa itu kamera TLR? Bagi seseorang yang baru berjinak-jinak dalam dunia fotografi mungkin biasa mendengar istilah SLR, DSLR atau Compact tetapi agak pelik jika ia berkaitan dengan kamera TLR. TLR atau "twin lens reflect" mempunyai 2 lens dimana satu lens tambahan diguna sebagai "direct view finder" lebih-lebih lagi jika mengambil gambar pada paras pinggang.Asalnya kamera TLR digunakan untuk medium format film ( 120 dan 220) tetapi semenjak kebangkitan semula "film" dalam fotografi, syarikat Superheadz mengeluarkan kamera TLR format 135 (jenis filem biasa yang kita gunakan) bagi memudahkan penguna menceburkan diri dalam kancah fotografi sebagai hobi ataupun medium seni visual.Kelebihan kamera ini ia boleh mengambil gambar dalam format standard (24 x 36) , (24 x 24) dan format penuh (36 x 36) dimana imej akan terhasil pada keseluruhan filem termasuk kepada lubang sproket filem.




(24 x 36)



(24 x 24)

36 x 36

photos courtesy of http://roflcam.blogspot.com

Jadi pelbagai eksperimentasi dapat dilakukan menggunakan kamera ini, bagi yang berminat harga "The Blackbird Fly 135 Twin Reflex Camera" dalam anggaran RM 400 - 480 jadi tepuklah dada tanyalah selera.
selamat ber"foto".........wassalam

copy from http://lensfreak.blogspot.com/2009/04/tlr-apa-itu-kamera-tlr.html

OH!BelOG

CYBER BRIGED

CYBER BRIGED

Blogger news

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
ptereocarpus online | Google |
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More